Selasa, 31 Oktober 2017

Permaisuri hati beta

Jauh dari pandangan mata
Jauh dari keberadaan diri
Namun dekat terasa
Bertahta di hati
Dari rasa tertarik
Bertukar kepada suka
Berubah menjadi sayang
Akhirnya jatuh cinta

Bukan dia tapi aku
Bukan aku tapi dia
Keserasian mulai dibangun
Keakraban mulai terjalin

Hubungan kita terlarang
Namun andai tersemai benih kasih
Aku simpul di dalam hati mati
Untuk menggapai udara kehidupan

Inilah yang dikatakan mati hidup semula

Terima kasih
Cinta


NURULAINIZZATIBAHARUM

Khamis, 26 Oktober 2017

Batu permata

Jauh panggang dari api
Umpama cinta dia dan dia
Sehelai sepinggang
Sekangkang karat

Si dia berpakaian bersulam sutera
Berhias kilauan emas pernata
Si dia robek bertampal
Kaki berseliparkan kulit

Kata mereka
Dia bodoh dan buta
Kata mereka
Dia tak malu tak sedar diri

Apabila permata diletakkan disebelah batu
Buruk dipandang
Batu dilempar jauh
Permata bersama permata

Batu ciptaan
Permata ciptaan
Kerana nilai kecantikan dan nilai kemewahan
Mereka terasing

Khamis, 19 Oktober 2017

Gawang kejayaan

Sejenak terasa kita bagaikan di awan nan indah
Kegembiraan bermain bola bersama kita menyepak terajang kedukaan lalu kita berbagi-bagi kepada mereka yang mempunyai perasaan yang sama demi satu tujuan
Menjaringkannya masuk ke dalam gawang kejayaan

Tapi

Kadangkala kita lupa kedukaan itu akan merasuki ke dalam jiwa kita lantas memerangkap senyuman kita sehinga tiada lagi senyuman oleh kerana kedukaan itu bersatu bersama kekecewaan dan masa lampau

Lantas kita terus jatuh

Ada yang patah kerana tak mampu menampung beban hadangan kotor dari masa yang lampau
Kerana kecederaan hati mereka tidak pulih sepenuhnya

Ada yang mampu bangkit lalu meneruskan permainan dengan tenang dan sabar kerana mereka mampu mengaplikasikan hadangan itu dan memanipulasikannya lalu mengasahnya dan menjadikannya sebagai penyuntik semangat untuk menjaringkan kedukaan itu

Banyak
Majoriti
Kita tak tahu
Kita tak sedar
Mungkin juga ia adalah diri kita sendiri

Selasa, 17 Oktober 2017

Janji

Maaf
Aku berjanji untuk tidak akan lagi mematikan bintang-bintang bergemerlapan yang ingin kau capai
Maaf
Aku berjanji untuk tidak lagi mematikan langkah kecilmu menuju cahaya waktu di depanmu

Akhirnya aku sedar
Langkah kecilmu itu adalah kerana kau sedar bahawa kehidupan ini terlalu singkat untuk kau habiskan jika berpaut padaku
Akhirnya aku sedar bahawa kau ingin hidupmu sendiri , waktumu sendiri untuk kau tongkat kedukaanmu kerana dunia

Lupakan saja yang dulu
Pada detik aku pernah memintamu menyonsangkan segala kemahuanmu
Lupakan saja yang dulu
Pada ketika aku memintamu untuk terus berpaut padaku sedang aku tidak tahu apa di hadapanku

Saat ini kita sedar
Bahawa kebersamaan kita bukan satu kontra
Saat ini kita sedar bahawa kau adalah magnet utara dan aku adalah magnet selatan

Terima kasih
Kerana saat dulu kita pernah milik dunia yang kita rasa kita saja yang punya
                  Kebahagiaan

Terima kasih
Kerana kau hadir sebagai ingatan dan pelajaran buat aku menjalani hidup

Di saat aku berlari mengejarmu sebenarnya aku yang terhenti ditinggal waktu

Di saat aku berhenti mengejarmu sebenarnya waktu bergerak seiringan bersamaku

Yakinilah
Bahawa kegelapan yang kita masuki dengan pelbagai duri-duri cinta , ranting-ranting patah kecewa , dibasahi hujan air mata , kehilangan cahaya kepercayaan dan terik mentari api kemarahan sebenarnya ujian buat kita

Yakinilah
Aku selalu berharap kau akan kembali padaku

Andai saja

Dengan senja aku mengadu
Menangisi pemergianmu dari aku
mengapa bahagia itu hanya sesaat saja
Bagaikan hujan yang terus mencumbui bumi
Ibaratkan gerimis yang selalu mendakap pagi
Aku disini terpaku dalam diam

Dengan senja aku mengadu
Betapa pahitnya hati ini
Kau menghilang bagai sembilu
Hanya goresan kecil yg menyayat kalbu
kau pacak dalam pilunya hatiku
Bahwa kau tak mampu mencintaiku

Kepada senja aku mengadu
Rindu ini menghujam jantungku
Bagai ombak besar yg membadai dadaku
Hingga aku tak mampu bernafas karena desakan rasa rindu yg sangat kuat
Aku menghukum diriku
Terlalu panas bagaikan api
Sehingga kau hangus terbakar
Cinta mengapa takdirnya begitu kejam
Kau berikan aku dia tapi kau sorokkan dia dalam kesunyian malam

Kini aku hanya pasrah dalam diam
Hatiku telah membeku dimakan waktu
Andai ada kemaafan buatku
Ingin aku kembali kepadamu

Ahad, 15 Oktober 2017

Terusai kembali

dalam satu detik
kekhilafan merajuk seketika meninggal pergi
selamanya engkau meninggalkan daku pergi
terdapat satu prasangka
fikirmu aku pergi kerana dia
yang tak pernah wujud dalam hidupku

fikirku kau menduakanku

semangat hilang dibawa arus sungai yang mengalir
aku jemu mendengar cinta

tika sirna itu kau kembali dengan senyuman
seolah tiada apa
aku berpaling kebencian
puas sehingga rimas ku mendengar kata maafmu

takku sangka
pergiku dulu juga kerana ingin merajuk seketika
Aku pergi membawa luka
aku yang terseksa
menanggis tiada lagunya

kini aku terusai kembali
tiada guna menanggisi
kerna salahku sendiri

cuma ku pohon maaf
mengharap kasih kembali

NUKILAN
A.M.Z Andika Suriadi

Fahamilah Hati Sang Perindu


Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia bagiku
akulah derita bagimu
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamanya hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

NUKILAN
A.M.Z ANDIKA SURIADI

Bidadari Dunia

Mereka memiliki segudang nikmat
Dengan senyuman mereka yang cantik, yang mengirimkan cinta dan mengutuskan kasih sayang bagi orang lain

Ku hadiahkan kepadamu ..
Yang meniti jalan lurus membawa risalah kebenaran
Ku hadiahkan kepadamu ..
Murabbiyah yang berjuang dengan kalimahnya memelihara norma-normanya demi kesucian diri

Ya .. Dengan rasanya malunya mereka menutup hijab yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara menjaga dan memelihara diri mereka

Tidak .. Mereka tidak akan mengingati musibah yang telah berlalu, bencana silam, atau kekeliruan yang di alami

Bukanlah emas permata yang mencantikkan mereka
Melainkan akhlak dan kekayaan mereka adalah etika
Lihatlah ke awan jangan tunduk melihat tanah

Mereka membangunkan sebuah istana setiap satu bagi mereka di syurga
Mereka tidak banyak berkata-kata
Jiwa mereka cantik kerana Alam Raya ini indah
Mereka tidak akan mengipasi kemarahan kami seperti talunya rebana digendang
Mereka tidak akan mengeluh ke atas kami demi tidak terhakis cinta

Allah juga memberikan kita gambaran betapa seorang dari mereka memberikan tangan putih yang merangkul bahu semua manusia iaitu kekasih Allah s.w.t

Selamat datang wahai saudariku yang berjilbab, pemalu, anggun dan kukuh keperibadian

Ada mengatakan mereka perhiasan dunia
Tidak
Apakah ingin kau pertontonkan mereka dihadapan anjing rakus dan manusia serigala

Mereka selayaknya kita simpan di dalam bilik kebal agar terlindung daripada neraka duniawi.
Sungguh pun mereka kuat namun mereka serapuh-rapuhnya ciptaan Allah
Kemuliaan mereka
Kehormatan mereka
Tanggungjawab kita
Adam

Inginku berpesan kepada bidadari dunia
Peralihan dari kekeliruan kepada kebenaran memerlukan perjuangan panjang
Tapi pasti semuanya terasa indah
Anda harus bersiap menghadapi kenyataan yang tidak ada jalan keluarnya
Anda kelak akan menjumpai di dunia ini perkara yang tak mampu dirubah tetapi hanya mampu berinteraksi dengannya dengan berbekalkan sabar dan iman
Belajar hadapi ketakutan nyata kelak kamu akan rasa tidak apa-apa dengan ilusi ketakutan

Teruskan berjuang di jalan Allah wahai BIDADARI DUNIA

NUKILAN

A.M.Z.         ANDIKA SURIADI

Selayaknya

Langkahku terhenti saat hati mulai mencair kerana rindu
Tataplah mentari
karena hari ini semuanya harus kita akhiri
Genggamlah jariku
Kerana mungkin kita tak mungkin kembali ke masa-masa ini
Peluk tubuhku ini
Karena sungguh
Aku ingin

Pertama ku sentuh warnamu
Saat hati ini gersang penuh dengan debu
Seperti buih yg bangkitkan hasrat untuk berbagi angan
Kau hadir bawakan aku Cinta
Kau buat aku tertunduk
Merenung dan menatap jauh ke dalam mata indahmu
Sungguh
Aku telah tenggelam dan hanyut dalam lautan cinta terlarang ini

Saat kututup mataku
Terbersit keinginan untuk bawa kau jauh kedalam kehidupanku
Saat kuyakinkan hati ini bahwa kau mampu bertahan dengan semua keadaanku saat ini
Selalu ada sesuatu yang memaksa aku berfikir kembali untuk melangkah lebih jauh
Sampai di titik ini
Aku harus menjawab
Mengapa hatiku sering bimbang

Jujur
Dari dalam lubuk hatiku yang paling dalam
Aku katakan
Aku sayang kau
Aku cinta Kau
Aku akan selalu rindu padamu
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada padamu
Hingga buatlah kau benci padaku karena perasaanku ini

Kita putuskan untuk arungi lautan yang penuh gelombang ini bersama-sama
Berbekal hati yg terluka
Ku cuba abaikan sakitnya
Dengan penuh harap
Gantungkan angan diangkasa
Walau hampir basah pipi ini dengan air mata tak percaya
Getir
Saat kau ucapkan setiap kata yang terbungkus cerita tentang kamu dengan dia

Tapi sudahlah
Aku dapat terima semua it dan berharap Tak ada lagi cerita yang keluar dari bibirmu tentang masa lalumu itu
Kerana aku masih ingat jelas rasa sakitnya

Sejak saat itu
Hariku tak lagi membosankan
Sejak saat itu
Ada wajah dan warnamu dalam setiap ruang di hati dan fikiranku
Ada senyummu
Pandanganmu dan suaramu di sela-sela aku menghela nafas
Sungguh
Kau begitu memberi erti di dalam kisah hidupku

Sampailah kusedar
Aku bukanlah orang yang kau cari
Aku bukanlah pangeran dalam mimpimu
Aku bukanlah pembawa bahagian di masa depanmu
Aku hanya seorang pemimpi yang dapat halangi kau untuk temukan belahan hatimu yang lain

Aku tak dapat menjadi tanpa batas di matamu
Akupun Kadang tak dapat selalu ada disisimu saat kau perlukan aku
Aku tak boleh janjikan waktu-waktu indah untuk kamu
Aku sedar
Semua ini menyiksamu

Aku dan kenangan-kenangan kita

Bila kita tak mungkin bersatu
Sungguh
Aku akan tetap berusah selalu ada untuk kau
Walau tak mungkin hatimu teguh untukku..

Semoga kau temukan cinta sejatimu tanpa batasan
Hingga dunia tau
Sesungguhnya ada ruang di dalam mata indahmu
Ruang yang hanya pantas diisi dengan cinta tulus dengan hati
Aku Cinta Padamu

Nukilan

A.M.Z. ANDIKA SURIADI

Terima kasih, untuk semua sayang dan cintamu.. yg membuat aku akan sangat kehilanganmu..
Jangan lupakan aku.. sungguh, kisah ini jadi penggalan manis dalam hidupku,
Walau “kita cukup sampai disini….”
Mungkin, Sampai aku kembali lagi…

KELUHAN

Dengarkan bisikkanku ini

Aku selalu mengeluh
Tidak terlepas aku mengeluh
Mengeluh saat aku letih
Aku mengeluh saat aku lelah
Aku mengeluh saat aku bergaduh
Kalau dikira banyaknya gugur bunga di musim luruh
Mungkin tidak sebanyak itu
Kalau dikira buih di lautan
Mana mungkin seperti itu
Itu terlalu berlebihan
Namun tetap saja tidak terhitung keluhanku

Sama
Sama seperti kamu
Saat aku berteduh saat kehujanan kegembiraan
Aku tidak basah kerana besarnya kelam dan redupnya hatimu
Di mana kuntuman senyumanmu
Apa kau sedang menanti
Menanti langit pecah runtuh menuangkan warna-warnanya supaya mampu kau melintas langit
Menanti saat patahnya ranting lalu menjatuhkan buahnya yang ranum
Atau menanti kehampaan dibawa waktu dan waktu memakan usiamu
Mengapa tidak kau percaya kau mampu mencecah langit menerobos ke luar angkasa

Yakinilah dirimu
Aku berharap kau menemui jalan pulang kepada masa depanmu sebelum aku

Jika tidak seperti helang
Raja di udara
Jadilah pipit
Walaupun kecil namun masih mampu bebas
Terbang menerokai dunia mencari ranting untuk sarangnya
Malahan mampu ke kutub utara demi mencari ranting ranting kehidupan demi kelangsungan

Mengapa tiada keyakinanmu

Dengarkanlah
Jika keluhanmu datang
Katakannya pada selembar kertas
Lipat
Tanam sedalam yang kamu mampu
Simpan hati-hati

Jika terjadi lagi lakukan hal yang sama dengan seberapa banyak keluhanmu
Lalu jika terjadi lagi
Angkat tangan kirimu sehingga hitunganmu dalam berapa lama kehidupanmu telah kau lanjutkan
Angkat tangan kananmu sehingga kiraanmu dalam berapa lamakah kau di akhirat nanti
Selesai mampu kau hitung
Turunkan

Mampukah kau

Di sini kita satu kepala
Mari kita berpimpin tangan melewati liku kehidupan
Tinggalkan keluhan di bawah bantalmu
Untuk kau jadikannya lagu yang mendodoikanmu
Agar tiada lagi mimpi buruk dalam tidurmu kerana telah kau rasa sebentar tadi

Tetapkan nekad
Tetapkan azam
Aku mampu menjangkau angkasa
Kau mampu selami dasar lautan
Mari sahabatku

NUKILAN
A.M.Z ANDIKA SURIADI



KEMATIANKU

Lembut suara itu hadir menyapa bagai berbisik
" Masanya kian tiba "
Jadi apa yang harus aku lakukan
Sedih
Kecewa
Menangis

Tidak
Aku telah mati lebih awal dari itu
Rokok ku ambil lalu aku letakkan di dada
"Kenapa tidak mampu terbakar dengan api kemarahanku ? "
Aku gila
Asap yang selalunya berkepul-kepul aku hembuskan kini berganti menjadi kepulan penyesalan
Ku menghadap sisi aku di hadapan cermin 
Mengapa perutku membuncit
Agaknya tertelan derita sengsara

Aku mati tertikam rindu
Aku mati terhunus perpisahan
Aku tampal bedak di wajahku seakan wanita
Ku lindungi sungai airmata yang mengalir

Aku berjalan di anjung benak fikiranmu
Aku terjatuh
Tersandung kemarahanmu
Aku intai dari kelam
Lalu aku masuk menerobos ke pelosok hatimu
Aku buntu
Aku hilang arah
Aku tersesat
Aku meraba mencari di manakah penghujungnya
Berbekalkan cahaya pohon maaf
Aku berharap aku temui hujung kebencianmu padaku
Aku tersalah langkah
Aku telah mati di dalam hatimu

NUKILAN 
A.M.Z. ANDIKA SURIADI

Egoku

Ada satu perkara yang membuat aku tersedar
Tentang apa yang bermain di mindaku selama ini
Apakah benar atau hanya sekadar cinta
Aku tak mampu menuturkan kata-kata
Malahan untuk memberikan sedikit perhatian yang ingin aku berikan saja aku sudah takut
Hingga akhirnya ketakutan itu pun kini sudah pudar
Akhirnya aku sudah berani
Berani untuk menatapmu lebih lama dibandingkan dengan tatapanmu
Berani untuk memberikan apa yang aku ada yang mampu membuat kau nyaman di saat hujan salju yang kau dan aku inginkan tidak kunjung datang
Aku berikan senyumanku
Senda gurauku
Cerita kecil yang dibalut dengan kesederhanaan
Hangatnya tatapanku dan juga hatiku
Aku takut
Aku takut salah mentafsirkan semua bahasa dalam matamu itu
Seakan aku selalu yakin kita sama
Sama perkara yang selalu terdetak di hati aku dan juga yang aku simpan

Ingin aku ketahui
Apa yang ada dalam pikiranmu dan juga hatimu
Itu saja
Aku celaru apa yang membuatkanku seperti ini
Aku selalu membayangkan rambut yang hitam menyala itu
Satu pasang mata yang selalu mencari perhatian di tengah keramaian dulu
Aku hanya mampu berfikir
Untuk apa maksud dari tatapan itu
Akhirnya kau pun menjauh

Aku tersentak
Aku kehabisan berbagai alasan
Aku jatuh
Aku tidak mampu berdiri
Aku gagal
 Aku salah
Salah dalam meneka semua petunjuk yang kau berikan padaku
Atau mungkin semua itu bukan untukku
Tak habis fikirku
Lalu apa erti dari senyuman itu
Apa erti dari gurauan yang seakan selalu berteriak  “aku berasa aman denganmu”
Aku kehilanganmu sekarang
Kita seakan memang masih bersama
Kita memang masih berkata-kata  satu sama lain
Tapi apa gunanya

Sedangkan untuk menatap wajahmu saja aku sudah takut
Aku takut tiba-tiba aku berlari dan memelukmu lalu berkata
“Aku mencintaimu, dan maaf, aku baru menyadarinya sekarang”
Inilah keegoanku yang nyata

Nukilan 
                                                                                              A.M,Z. ANDIKA SURIADI

KAU

Aku mencintaimu
berilah aku sebetang pena
untuk aku catitkan di ingatanmu
sesungguh aku mencintai kamu

Aku pernah mencuba untuk mengalah
Berhenti menyebut namamu
Berhenti merisaukanmu
Berhenti memikirkanmu
Berhenti untuk terkejar-kejar bayanganmu
Bahkan ...
Aku pernah cuba untuk berhentk menyebutmu di dalam doaku

Aku pernah berhenti semua itu
Namun di saat itu terjadi
kaku aku berdiri
degup jantungku bagai terhenti
sakit rasanya di dada ini

Ya
Kau boleh katakan aku tak siuman
Namun untuk menjadi siuman
Aku cuma memerlukanmu
lalu aku hanya mampu berdiam menahan luka
kerana diamku adalah cara aku mencintaimu

Mungkin betul
Aku telah jatuh cinta
Jatuh sedalam-dalamnya
Walaupun selama ini aku menafikan cinta
Biarkan aku terus begini
Terus mencintaimu

                                                               NUKILAN

                                                               A.M.Z. ANDIKA SURIADI

CINTA TANPA NOKTAH

Silau sinaran cahaya menerjah rona mata
Di saat aku kegelapan
Cahaya yang selama ini di dambakan
Nur kasih
Cahaya kemuliaan

Namun di saat datang cahaya itu muncul
aku kehilangan tempat berpegang
Ranting yang selama ini menguatkan dirinya
Agar tidak aku terjatuh
Yang menemani aku mencari cahaya ini
Yang membantu aku naik sehingga cahaya itu benar berada di hadapanku
Sungguh aku kehilangan banyak perkara yang aku cintai
kerana kami serapuh-rapuhnya

Allah kau hadirkan ranting itu sebagai pahlawanku untuk mendekatimu
Semoga terjaga dan terbalas jasa , budi baiknya

Tiadalah hilang rasa kasih dan rindu selamanya kepadanya
Cinta ini tidak bersempadan
Tanpa noktah
Dengarkanlah dan kabulkanlah permintaan ini
Andai ini adalah pengorbanan demi aku mengejar cintaMu
Ia mengejar agamanya
Aku kirim rindu dan kasih melaluiMu
                                                   
                                                                            NUKILAN

                                                                            A.M.Z. ANDIKA SURIADI

Sabtu, 14 Oktober 2017

BIARKAN


WALAU SEINDAH MANA DELIMA MEREKAH MENGUNTUM
NAMUN TIADA LAGI WARNA KINI DI HATI
BIARLAH BAIT BERMANIS MADAH KE HATI MENJUNAM
USAH MENYANGKAL DETAK HATI

WALAU BATU MEMBARA
HADAPILAH WALAU AIRMATA KORBAN MELUPAKAN
KELAK KITA MERANA
IA AKAN TERSENYUM MANIS

BIAR WAJAH TAK SEINDAH SENJA
JANGAN HATI DIBIAR USANG
PUNGGUK MELIHAT SEAKAN BULAN TELAH TIADA
KINI DATANG CAHAYA DARI BINTANG
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                NUKILAN

        A.M.Z ANDIKA SURIADI

HIDUP


Walau takdirnya semasam cuka
Namun di akhirnya semanis gula jua
Lalui waktu getir walau derita
Jangan biar diri berkelana

Kerana deria ini akan merasa segala kemanisannya
Walau di mana berada
Kerana kita berjaya mengejar masa
Sehingga kering kontang otak kita

Bertarung di masa remaja
Untuk gemerlap cahaya masa hadapan
Jangan buat yang terdaya
Buat yang luar daripada biasa

Untuk apa
Untuk siapa
Untuk hidup kita
Kerana itulah impian orang tua kita

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 NUKILAN 

        A.M.Z ANDIKA SURIADI   

MANUSIAWI


BERLIPAT MENDUNG AWAN BERKEJARAN
MENANTI NAIK KABUS PUTIH MENYELIMUTI GUNUNG BANANG
APABILA TERLIHAT SENJA MENTARI
MEREKA TAHU MALAM AKAN MENDATANG

DALAM KERIUHAN MANUSIA MENGEJAR DUNIAWI
DALAM KEGAMATAN DUNIAWI BERLALU TANPA MENANTI
DALAM KEADAAN SESAK DI ATAS JALAN
BERPUSU-PUSU MENANTI MELEPAS KELELAHAN

NAMUN ADA PULA YANG BARU MENITIKKAN PELUH
MENGAIS-NGAIS PADA WAKTU MALAM
DI SAAT MAYORITAS YANG LENA TERBUAI MIMPI
MEREKA MEMBANTING KUDRAT DEMI KELANGSUNGAN

TIADALAH HENTI DUNIA INI
DAHULUNYA MANUSIA SEAKAN MATI DI WAKTU  GELAP
NAMUN KINI TIADA LAGI KEGELAPAN
TERANG BENDERANG DI MANA SAJA

MEREKA LUPA AKAN HAKIKINYA KEHIDUPAN INI
APA YANG HARUS MEREKA KERJAKAN
APA YANG HARUS MEREKA KEJARKAN
TENTUNYA JAWAPAN MEREKA “ AKU TERPAKSA MENINGGALKAN SURUHAN-NYA “

MANUSIAWI
MENGEJAR DUNIAWI
ARUS TEKNOLOGI
SEHINGGA LUPA PADA INSANI DAN ROHANI

                                                                                                                                                                                                                                                NUKILAN

                                                                                                                                                                                                                                     A.M.Z ANDIKA SURIADI

PERTARUHAN GILA




                                                                      Setelah ku harungi banjir dalam tengkujuh
                                                                      Mengharungi padang pasir yang becak
                                                                      Lautan merah yang manis
                                                                      Hutan rimba yang terbakar di saat hujan

                                                                      Aku kenal erti cinta

                                                                      Cinta indah bila setia
                                                                      Cinta mesra jika percaya
                                                                      Cinta tenang jika jujur
                                                                      Cinta murni jika tulus

                                                                      Namun

                                                                      Cinta itu menyakitkan bila mendua
                                                                      Cinta itu jurang bila bertalam dua
                                                                      Cinta itu gelisah bila cemburu buta
                                                                      Cinta itu gila bila berbelit

                                                                      Sedarlah
                                                                      Cinta adalah permainan berbahaya
                                                                      Kemenangannya sukar
                                                                      Kerana taruhannya adalah HATI
                                                                     
                                                                                                                                                                                NUKILAN

                                                                                                                                                                A.M.Z ANDIKA SURIADI

HARAPAN




                Di dalam benak hati
Menari-nari riang perasaan memberitahu ia suka
Namun tanpa disedari ia terjatuh terkehel dan  patah
Patah , musnah , dan hancur berkecai segala mimpi indah

Di saat benar ia ingin menyentuh kepuasan baginya
Hanya redha , tawakal dan ikhlas menahan derita
Kita merancang tapi tuhan menentukan
Hilang punca ia berpaut

Mengapa boleh mereka yang lain mendapatkannya
Mengapa tidak dia
Mengapa
Mengapa

Sedangkan si tua renta itu
Masih mampu memegang kertas
Kertas yang digelar manusia sebagai UKURAN ILMU YANG DIMILIKI
Mengapa tidak dia

Sekarang ia sedar
Ia tahu kenyataannya
Badai lautan masa silamnya
Menjadi gelombang masa depannya

                                                                                                                        Nukilan
                                                                                                           A.M.Z ANDIKA SURIADI


SONG