Maaf
Aku berjanji untuk tidak akan lagi mematikan bintang-bintang bergemerlapan yang ingin kau capai
Maaf
Aku berjanji untuk tidak lagi mematikan langkah kecilmu menuju cahaya waktu di depanmu
Akhirnya aku sedar
Langkah kecilmu itu adalah kerana kau sedar bahawa kehidupan ini terlalu singkat untuk kau habiskan jika berpaut padaku
Akhirnya aku sedar bahawa kau ingin hidupmu sendiri , waktumu sendiri untuk kau tongkat kedukaanmu kerana dunia
Lupakan saja yang dulu
Pada detik aku pernah memintamu menyonsangkan segala kemahuanmu
Lupakan saja yang dulu
Pada ketika aku memintamu untuk terus berpaut padaku sedang aku tidak tahu apa di hadapanku
Saat ini kita sedar
Bahawa kebersamaan kita bukan satu kontra
Saat ini kita sedar bahawa kau adalah magnet utara dan aku adalah magnet selatan
Terima kasih
Kerana saat dulu kita pernah milik dunia yang kita rasa kita saja yang punya
Kebahagiaan
Terima kasih
Kerana kau hadir sebagai ingatan dan pelajaran buat aku menjalani hidup
Di saat aku berlari mengejarmu sebenarnya aku yang terhenti ditinggal waktu
Di saat aku berhenti mengejarmu sebenarnya waktu bergerak seiringan bersamaku
Yakinilah
Bahawa kegelapan yang kita masuki dengan pelbagai duri-duri cinta , ranting-ranting patah kecewa , dibasahi hujan air mata , kehilangan cahaya kepercayaan dan terik mentari api kemarahan sebenarnya ujian buat kita
Yakinilah
Aku selalu berharap kau akan kembali padaku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan