dalam satu detik
kekhilafan merajuk seketika meninggal pergi
selamanya engkau meninggalkan daku pergi
terdapat satu prasangka
fikirmu aku pergi kerana dia
yang tak pernah wujud dalam hidupku
fikirku kau menduakanku
semangat hilang dibawa arus sungai yang mengalir
aku jemu mendengar cinta
tika sirna itu kau kembali dengan senyuman
seolah tiada apa
aku berpaling kebencian
puas sehingga rimas ku mendengar kata maafmu
takku sangka
pergiku dulu juga kerana ingin merajuk seketika
Aku pergi membawa luka
aku yang terseksa
menanggis tiada lagunya
kini aku terusai kembali
tiada guna menanggisi
kerna salahku sendiri
cuma ku pohon maaf
mengharap kasih kembali
NUKILAN
A.M.Z Andika Suriadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan