Khamis, 26 Oktober 2017

Batu permata

Jauh panggang dari api
Umpama cinta dia dan dia
Sehelai sepinggang
Sekangkang karat

Si dia berpakaian bersulam sutera
Berhias kilauan emas pernata
Si dia robek bertampal
Kaki berseliparkan kulit

Kata mereka
Dia bodoh dan buta
Kata mereka
Dia tak malu tak sedar diri

Apabila permata diletakkan disebelah batu
Buruk dipandang
Batu dilempar jauh
Permata bersama permata

Batu ciptaan
Permata ciptaan
Kerana nilai kecantikan dan nilai kemewahan
Mereka terasing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SONG